Thursday, 15 November 2012

Barut Baby Yang Cantik Lagi Comel


Whoaaaaa, finally !
Barang yang ditunggu telah pun sampai kepangkuan. Terima kasih Abg posman. Me  you lah kannn? hahahha.. Nie kalau En. suami tahu ni mati kena ketuk lah Asfa. huahuahuahua.. Korang nak tahu ke barang apa yang dimaksudkan? Ish tak perlulah.. nak jugak?  Kejap eh?


Haaaa inilah dia.. Comel tak? haaaaa aper tak comel? Ish tak  nak kawan lah macam ni ! 
*hentak kaki**hentak kaki*. hahahahha.. 

Sangat berpuas hati dengan hasil yang diberikan. Untuk pengetahuan kalian ada two types of barut. Ada yang jenis Zappers and Tali. Asfa pililh yang tali sebab bagi asfa more comfortable untuk si comel yang bakal keluar on february ni nanti. Kalau yang jenis Zappers tu takut lama-lama nanti dah tak kuat pulak cengkaman nya.

Apa? nak beli jugak? Nak tahu Asfa beli barut si comel ni dekat mana? Segalanya bermula bila Asfa blogwalking di Little Precious Garden. Memang tak terfikir pun nak beli tapi memandangkan cantik dengan corak yang comel-comel kan? memang terasa rugi lah kalau tak beli. Kalau beli dekat pasaraya, biasanya warna dia hanya putih kosong. Sangat tak ceria kann?

Haaaaa apa tunggu lagi? Grab it sementara stok masih ada ! Amboiii Asfa ni peromot barang kemain lagi kan? hahahhaa.
Salam  dari Puan Asfa. Dengan ini berakhirlah entri pada petang yang barakah ini. Wallahualam.

Sunday, 11 November 2012

Melanie Martinez in the house


Good evening ebelybody. What's up?? 
Memandangkan sekarang Asfa tengah khusyuk follow program tv live show The Voice season 3 dekat AXN Asia chanel 701.
Dengan berbesar hatinya Asfa nak berkongsilah dengan kalian pasal si gadis berambut pelik ni. Kalian tahu ke siapa yg dimaksudkan? 



Haaaa inilah dia cik Melanie Martinez yang berada dalam team Adam Levine. Whoaaaaa... Sincerely cik Melanie Martinez ni sangat awesome okayh ! Asfa adore sangat dengan rambut two-toned dia, sangat-sangat unik and most important thing cik Melanie artinez ni ada suara yang menarik tertarik dan dia sangat da bomb lah. Asfa follow The Voice season 3 ni sebab adanya si gadis comel Melanie Martinez ni lah. Kalau tidak, memang mimpilah Asfa ank follow segala jenis live show dekat tv ni. hahahaha

Memandangkan Asfa ni tengah sarat mengandung dan makcik-makcik tua selalu kata orang mengandung ni elok pandang permandangan yang indah je kan? Haaa dan inilah masanya. Asfa nak tatap jea gambar si cantik comel Milanie Martinez ni. Manalah tahu kot-kot dapat rupa iras-iras ke kan? Kalo nak rambut tuh memang jauh panggang dari api lah. Tapi manalah tahu rezeki Allah nak bagi ke kan, tiba-tiba makbul pulak hasrat ni. hahahaha...

Memang Asfa akan tatap je gambar si comel ni setiap masa. pagi petang siang dan malam. En suami memang tak  boleh nak kata apalah sebab asfa ni kalau dah berkenan mmg payah nak buang jauh-jauh. haahahhaah
Senang cerita I can't take you out from my head lah cik
Melanie Martinez.



Lihatlah betapa comelnya si comel ni. Berharap akan terkenanlah dekat anak Asfa ni nanti. hahahahah..
tak kenan dekat suara, kenan dekat mata or hidung pun jadilahkan? Daripada takde langsung. kuang3x.
okay lah sampai di sini sahaja entri kali ini. Wallahualam.










Saturday, 10 November 2012

NeuroGainPB dietary supplement


Hello dan selamat pagi dunia. Setelah sekian lama tak berusik blog ni. Sampaikan bersarang segala jenis binatang. Dari sekecil lelabah sampailah ke bapak lelabah. Sangat berhati-hati Asfa membersihkannya okay. Kalau silap langkah boleh jadi spiderwoman nanti. Hahahahahah.. Entri hari ni nak bercerita pasal NeuroGainPB. Mesti ramai yang tertanya natang apakah ini? Maiii Asfa tunjuk dekat kalian semua.



Taddddaaaaaaaa, Ini lah dia dietary supplement untuk preggy and breastfeeding woman. Mengikut apa yg di survey dekat blog-blogNeuroGainPB ni bagus untuk perempuan yg preggy 4 bulan dan keatas. hasilnya anak akan aktif, fast learner and inovatif. Wallahualam.

Dr Hanisah ada offer time Asfa preggy 4 bulan dulu. Almaklumlah anak sulung, memang takut nk makan supplement sembarangan ni, tapi bila orang yang arif macam Dr Hanisah dah kata supplement ni bagus untuk menjana otak si kecil since dalam belly, En suami terus bersetuju untuk beli. Harga dia agak expensive lah bagi Asfa, tapi perangai En.suami ni, apapun supplement yg orang cakap elok untuk si kecil mesti dibelinya. Katanya "dari duitnya habis beli barang Ummi yang entah apa-apa baik invest untuk si kecil, ada jugak faedahnya". Memanglah semua supplement tuh untuk si kecil tapi tukang telannya siapa kalau bukan Asfa kann? haaaaa.... Tapi nasib baiklah ubatnya tasteless. kalau pahit k ape ker memang Asfa letak tepi je. hahahaha. Okay, untuk pengetahuan tuan dan puan, vitamin ni mengandungi natural DHA, EPA, AA, OA. Chopp ! Asfa merayu tuan puan tidak bertanya apakebenda tu semua sebab Asfa pun tak tahu hahaha, yang Asfa tahu copy paste jer ayat kat kotak. Huahuahua



Inilah rupa pil yang Asfa telan 1 biji 1 hari tuh dan Alhamdulillah, selama 3 bulan Asfa amalkan makan supplement ni, si kecil dalam belly ni memang tak duduk diam. Perut dah mcm bungy jumping dibuatnya, si kecil ni sangatlah aktif sampaikan EN suami pun takut tengok perut Asfa tuh dengan benjolan abdomen si kecil bila dia bergerak. Mungkin siku, tangan, kaki or lutut.

 Okay bab-bab result nya masih tidak diketahui lagi, setakat ni apa yang diceritakan diatas je yang dapat dikongsi. Final resultnya kenalah tunggu si kecil ni besau panjang dulu yer? Tapi tak salahkan mencuba untuk kebaikan si kecil dimasa akan datang. Tak gitu Joyah? hahahahaha