Tuesday 4 December 2012

Siapa Saya ?


Nama diberi Nor Asfahizatul Hidayah Binti Abdullah. Uniknya namaku ini hasil daripada kebijaksanaan puan besar Salbiah Binti Darus dan tuan besar Abdullah Bin Hassan. Sangat berbangga dengan namaku ini kerana terlalu unik dan bukan calang-calang orang berjaya menyebutnya dengan betul dan lancar tau. (agak kelas disitu !)Merupakan cahaya mata yang ke-6 dari 7 orang cahaya mata beliau.
Telah dilahirkan pada 27 April 1992 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur pada jam 2.03pm waktu tempatan. 
Alhamdulillah telah genap 20 tahun aku hidup di bumi Allah yang indah ini.

Pada 20 April 2010 puteri kepada Puan Salbiah dan Tuan Abdullah telah dilamar oleh Muhammad Faisal putera kepada ayahanda Amir Husin dan Bonda Mariam maka berlangsunglah pertunangan kami pada 20 Jun 2010 dan terikatlah sepasang hati selama 1 tahun 10 bulan. Tibalah hari yang ditunggu-tunggu sekian kalinya iaitu 21 April 2012 termaterai ijab dan qabul antara putera bungsu Ayahanda Amir Husin dan puteri yang tak berapa nak bongsu Tuan besar Abdullah. Maka dengan ini bermulalah kehidupanku yang berjauhan dari puan dan tuan besar yang disayangi dan disanjungi.

Selang pula beberapa ketika, pada 12 Julai 2012 aku telah disahkan hamil 5 minggu. yeaaaapiiie !
Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga. Gembiranya si suami tidak terkata bila mendapat berita gembira ini.

Keperluan Ke Hospital Bersalin


KEPERLUAN BAYI

·         Bakul Bayi
Ø  Untuk memastikan anda dan bayi selesa, sebaik-baiknya gunakan bakul bayi untuk mengangkatnya.

·         Baju
Ø  Sediakan sepasang baju bayi yang berlengan panjang untuk dia pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti. Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.

·         Topi
Ø  Majoriti kepanasan tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh yang demikian, bagimemastikan suhu bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.

·         Sarung Kaki
Ø  Sama juga halnya dengan bahagian kaki bayi. Jangan lupa untuk membawa bersama stoking atau sarung kaki yang boleh memerangkap haba.

·         Sarung Tangan
Ø  Lazimnya, kuku bayi bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calaran apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh  yang lain. Untuk itu, gunakan sarung tangan bagi melindungi bahagian-bahagian tertentu daripada calar.

·         Selimut
Ø  Kebanyakan bayi suka apabila tubuhnya dibalut dengan fabric yang lembut. Selimut seperti receiving blanket adalah pilihan terbaik untuk menyelimuti bayi kerana diperbuat daripada bahan yang sangat lembut dan pada masa yang sama mengekalkan kepanasan tubuh bayi.

·         Lampin Moden (cloth diaper) atau Lampin Pakai buang
Ø  Tidak kira apa jua pilihan anda, pastikan lampin tersebut mempunyai ruang khas di bahagian tengah bagi mengelakkannya bersentuhan dengan tali pusat bayi. Jika tidak, bahagian tersebut perlu diubah suai untuk memastikan keselesaan bayi tatkala memakainya.

·         Tisu Basah
Ø  Pastikan anda membeli tisu basah khas untuk kegunaan bayi. Ini bagi mengelakkan pernggunaan bahan kimia yang kasar terhadap kulit bayi baru lahir

Keperluan Ke Hospital Bersalin



KEPERLUAN MUMMY

·         Kad pengenalan diri
Ø  MyKad adalah dokumen yang paling penting untuk digunakan sewaktu perdaftaran masuk ke wad bersalin. Jadi, pastikan ia sentiasa ditempatkan di dalam beg yang senang dicapai bila tiba saatnya untuk ke hospital nanti.

·         Kad pemeriksaan kesihatan ibu hamil
Ø  Kad ini perlu sentiasabersama-sama terutamanya di minggu-minggu terakhir kehamilan. Sama seperti MyKad, anda perlu menyimpannydi dalam beg yang mudah dicapai.

·         Kad insuran kesihatan
Ø  Selalunya kad ini ditempatkan di dalam dompet. Namun ada juga yang menyimpannya di tempat khas dan hanya menggunakannya bila diperlukan. Oleh itu, ada baiknya jika anda tempatkannya di dalam satu beg yang turut diletakkan MyKad dank ad pemeriksaan kesihatan ibu hamil supaya tidak terlupa.

·         Buah Kurma @ Tamar
Ø  Kurma boleh membantu menambahkan tenaga dan memudahkan proses bersalin.

·         Muzik
Ø  Jika suka mendengar muzik, anda boleh membawa alat pemain muzik tanpa wayar seperti iPod, MP4 dan sebagainya.

·         Pakaian untuk pulang ke rumah
Ø  Jangan lupa membawa pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah. Sebaik-baiknya pakaian yang anda biasa pakai ketikausia kandungan 6 bulan dahulu.

·         Coli Menyusu
Ø  Muatkan  1 atau lebih coli menyusu di dalam beg yang bakal anda bawa ke hospital, Hal ini penting kerana coli ini mampu member sokongan kepada payudara yang makin bengkak.

·         Pelapik Payudara
Ø  Barangan ini sangat penting . Pelapik ini sememangnya direka untuk mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan baju yang anda pakai.

·         Selipar
Ø  Di awal fasa pelahiran, anda digalakkan untuk banyak bergerak bagi merangsang bayi “turun” dengan lebih cepat. Malah selepas melahirkan pun anda memerlukan selipar yang tentuny selesa untuk bergerak.


·         Stokin
Ø  Ramai ibu mengandung, kaki kesejukan ketika dalam proses pelahiran. Jadi stoking dapat membantu anda mengatasi masalah ini.

·         Tuala Wanita
Ø  Demi keselesaan peribadi, ada baiknya anda membawa sendiri stok tuala wanita yang perlu dipakai setelah melahirkan. Disarankan agar membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberikan perlindungan maksima memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran darah banyak keluar.

·         Seluar dalam pakai buang
Ø  Penggunaan seluar dalam pakai buang amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean nanti.

·         Kelengkapan mandian
Ø  Ada sesetengah hospital menyediakan alatan mandian. Namun, ada juga dikalangan anda yang lebih selesa menggunakan alatan mandian peribadi. Jadi, muatkan kesemuanya dalam satu beg.

·         Tuala Mandi
Ø  Ada segelintir  daripada anda lebih selesa menggunakan barangan peribadi. Jadi, sediakan sehelai tuala untuk digunakan selepas anda mandi wiladah nanti.