Tuesday, 4 December 2012

Senarai Semak Keperluan Bayi Baru Lahir



PAKAIAN BAYI


           Mulakan dengan membeli pakaian asas dan beli pakaian lainnya selepas bayi dilahirkan sesuai dengan perkembangan berat badan bayi demi bulan.Umumnya anda digalakkan untuk mendapatkan pakaian bayi yang bersaiz 6 bulan ke atas. Bagaimanapun jika berat bayi anda dalam lingkungan 2 kilogram ke bawah atau pramatang, saiz yang kecil lebih sesuai.

BARANGAN
KUANTITI
Ø  Sarung Tangan
3
Ø  Sarung Kaki
3
Ø  Baju Lengan Panjang
2
Ø  Seluar Panjang
2
Ø  Baju Lengan Pendek
2
Ø  Seluar Pendek
2
Ø  Rompers
2
Ø  Topi atau Topi Bonet
1

TIDUR


          Sama ada anda mahu mengamalkan tidur bersama bayi (co-sleeping) atau tidur berasingan, anda memerlukan beberapa berikut bagi memastikan bayi tidur dengan selesa.

BARANGAN
KUANTITI
Ø  Katil Bayi
1
Ø  Tilam
1
Ø  Cadar
2
Ø  Selimut
2
Ø  Bantal
2
Ø  Bantal Panjang
1

PENYUSUAN




         Untuk 6 bulan pertama anda sangat digalakkan untuk menyusukan bayi anda secara eksklusif. Walau bagaimanapun, bagi yang bercadang untuk memberi bayi selain susu ibu, anda memerlukan beberapa barangan berikut :-

  •     Penyusuan Susu Ibu

BARANGAN
KUANTITI
Ø  Pam (manual,bateri,elektrik)
1
Ø  Bekas Penyimpanan Susu Ibu
12
Ø  Beg Pendingin
1
Ø  Pek Ais (3 Set)
** 3

** :- Bergantung pada tempoh penyimpanan.
  • Penyusuan Susu Formula
BARANGAN
KUANTITI
Ø  Botol Susu Bebas BPA
3
Ø  Puting
3
Ø  Bekas Penyimpanan Susu Formula
1
Ø  Termos
1
Ø  Bekas Air Masak
1

PENJAGAAN DIRI



         Tahap kebersihan dan keselesaan bayi perlu sentiasa dititikberatkan agar dia sentiasa ceria.

BARANGAN
KUANTITI
Ø  Bedak Bayi
1
Ø  Losyen Bayi
1
Ø  Minyak Bayi
1
Ø  Minyak Telon
1
Ø  Pemotong kuku
1
Ø  Kapas Muka
1 pek
Ø  Krim Ruam Lampin
1
Ø  Kain Bedung
2
Ø  Barut
10


MANDIAN


          Saat mandi sememangnya menyeronokkan bagi kebanyakan bayi. Tambahan pula, inilah masanya untuk dia menyegarkan diri.

BARANGAN
KUANTITI
Ø  Tab Mandian BAyi
1
Ø  Pengalas Tab Mandi Bayi
1
Ø  Tuala Muka
2
Ø  Tuala Mandi
2
Ø  Mandian Bayi
1
Ø  Syampu Bayi
1

BERSIAR-SIAR



           Selepas habis berpantang, pasti anda mahu membawa bayi anda bersiar-siar bagi membolehkan dia meneroka persekitaran seterusnya memantapkan lagi perkembangan mindanya. 

NOTA : Anda HANYA perlu membeli peralatan-peralatan ini setelah bayi semakain membesar atau mengikut keperluan. Jadi, anda tidak perlu membelinya lebih awal sebelum bayi dilahirkan.

BARANGAN
KUANTITI
Ø  Car Seat
1
Ø  Baby Sling
1
Ø  Stroller
1
Ø  Kain Pelindung  Penyusuan  (Nursing Cover)
2

LAMPIN



          Sama ada anda mahu memakaikan bayi dengan lampin kain moden mahupun lampin pakai buang, anda masih memerlukan barangan berikut dalam memastikan kebersihan bayi.

BARANGAN
KUANTITI
Ø  Lampin Moden  atau Pakai Buang
1 pek
Ø  Pelapik (Jika Memilih Menggunakan Lampin Kain Moden)
1 pek
Ø  Tisu Basah
1 pek
Ø  Alas Menukar Lampin
1
Ø  Beg Lampin (digunakan ketika keluar bersiar-siar)
1

1 comment:

  1. Salam Puan-puan,

    Di sini kami ingin memperkenalkan diri kami sebagai pakar membuang batu hempedu. Kami maklum bahawa ramai wanita yang telah bersalin diserang batu hempedu. Malangnya, sering kali mereka diseru membuang hempedu yang merupakan kurniaan Tuhan.

    Kini, Agro pluz Biotech Sdn Bhd telah mengkaji produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral. Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin dalam 12 jam sahaja.

    Hubungi kami di 012 3688 507 (Jloh), 016 650 3131 (Jmin) atau emel agropluz@gmail.com untuk maklumat yang lebih lanjut.

    ReplyDelete