KEPERLUAN BAYI
·
Bakul Bayi
Ø
Untuk memastikan anda dan bayi selesa,
sebaik-baiknya gunakan bakul bayi untuk mengangkatnya.
·
Baju
Ø
Sediakan sepasang baju bayi yang berlengan
panjang untuk dia pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti. Pemilihan baju
berlengan panjang penting kerana dapat memastikan bayi yang baru lahir itu
kekal panas.
·
Topi
Ø
Majoriti kepanasan tubuh bayi hilang melalui
kepalanya. Oleh yang demikian, bagimemastikan suhu bayi kekal selesa, anda
perlu memakaikannya topi.
·
Sarung Kaki
Ø
Sama juga halnya dengan bahagian kaki bayi.
Jangan lupa untuk membawa bersama stoking atau sarung kaki yang boleh
memerangkap haba.
·
Sarung Tangan
Ø
Lazimnya, kuku bayi bayi baru lahir agak panjang
dan boleh meninggalkan kesan calaran apabila kukunya bersentuhan dengan muka
atau bahagian tubuh yang lain. Untuk
itu, gunakan sarung tangan bagi melindungi bahagian-bahagian tertentu daripada
calar.
·
Selimut
Ø
Kebanyakan bayi suka apabila tubuhnya dibalut
dengan fabric yang lembut. Selimut seperti receiving blanket adalah pilihan
terbaik untuk menyelimuti bayi kerana diperbuat daripada bahan yang sangat
lembut dan pada masa yang sama mengekalkan kepanasan tubuh bayi.
·
Lampin Moden (cloth diaper) atau Lampin Pakai
buang
Ø
Tidak kira apa jua pilihan anda, pastikan lampin
tersebut mempunyai ruang khas di bahagian tengah bagi mengelakkannya
bersentuhan dengan tali pusat bayi. Jika tidak, bahagian tersebut perlu diubah
suai untuk memastikan keselesaan bayi tatkala memakainya.
·
Tisu Basah
Ø
Pastikan anda membeli tisu basah khas untuk
kegunaan bayi. Ini bagi mengelakkan pernggunaan bahan kimia yang kasar terhadap
kulit bayi baru lahir






Asfahizatul
27th April 92
Melaka
Muhammad Faisal


Siapa Saya ?
No comments:
Post a Comment